Saturday, February 25, 2012

akhawat jom masak!

alhamdulillah dah masuk rumah sewa.
ramai juga yang tanya, 'kenapa tak masuk hostel?'
tapi sebab jawapannya macam panjang,
dan untuk memudahkan orang yang bertanya tu tak pening2,
jawab aje, 'rumah sewa takda curfew.hehehe'.


bila dah ada periuk belanga ni,
mula lah berangan nak masak macam2.
mama pun dah kata,
'masaklah singgang. senang je. campak je semua benda.'
part yang "semua benda" tu yang meragukan. apa je benda nya? aish.
dan semalam2 bila test buat,
menghampakan =.=


kalau di rumah,
memang kebiasaannya bila mama masuk dapur,
semua anak2 kena masuk sekali.
tak kisahlah lelaki ke perempuan.
sekarang dah tambah dua menantu, lagi laa banyak 'staff'.
mama sangat teliti memasak.
sekali masak, tak pernah kurang 3 periuk/kuali guna.
pisau semua guna.
singki sentiasa penuh.
jadi, selalunya ada je yang in charge bahagian masing2.
ada yang jaga kuali.
ada yang kerjanya potong2.
ada yang tumbuk sambal.
ada yang basuh pinggan. tapi basuh pinggan biasanya babah yang buat. ehee.


sekarang baru sedar,
selama ni tak perasan mama masukkan apa dalam periuk.
sebab ramai sangat staff kat dapur.
(alasan terbaik!)


sekarang,
barang semua dah ada
alhamdulillah.


tapi,
takda can langsung
ini semua salah akhawat.
haha main2 je.
bila nak masak, ada je ajak makan.
plan nak masak esok pulak, ada je bagi makanan.
bagi makanan banyak, 2 3 hari pun tahan.


sekarang dah ada peluang ni...
kak amirah (promote blog baru org tu,ni..),
lepasni kita masak sama2......


saya seriously bersetuju 100%,
untuk menawan hati mad'u & anak2 usrah,
kita kena tawan perut dia juga.
benda ni tak boleh diambil ringan. (haha)


bayangkanlah, waktu proses DF,
kita masakkan makanan yang sedap sangat,
mesti mad'u terharu.
dan sayang lebih kat kita.hehe
kita pun terharu.
macam dulu2, kita terharu murobbiah kita masak macam2 untuk kita,
sekarang turn kita pula masak untuk anak2 usrah kita laaa.
(selain itu,memasak juga menjimatkan duit.lol)


tapi kalau kita pun tak reti masak,
susahlah kan?


T_______T


oleh itu,
jom belajar memasak :b

Thursday, February 23, 2012

penat tak buat kerja tu?

bagi saya,
saya yang melihat,
saya rasa kerja tu sangat memenatkan!


kerja apa?
kerja mengata/mengumpat.


bila bekerja dalam dakwah,
ditambah pula ada macam2 J,
jadinya bermacam2 juga cara/method dakwah setiap J tu.


tidak patut untuk kita persoalkan,
'cara diorang salah', 
atau merasakan,
'cara kita paling betul'.


sebab sudah pasti,
semuanya mengikut cara Rasulullah.
cuma bagaimana mereka mengamalkan saja,
mungkin agak berbeza..
dan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.


seharusnya kita meraikanlah perbezaan ini.
bukan diapikan dengan bara permusuhan.
sehinggakan orang sekeliling pun rasa rimas tengok.
'taknaklah ikut mana2 J. nanti gaduh je.'
adess, malunya.
memalukan Islam sendiri.
betul tak?


bak kata ustazah Maznah Daud, (sori.sebelum ni tulis ustazah Rosnah. teringat isteri PM pulak =.= )
"kecilkan titik perbezaan. besarkan bulat persamaan".


kita sama2 mencari redha Allah.
sama2 ingin mencapai Ustaziatul Alam.
TANPA permusuhan @ mengata.
sepanjang saya berjinak2 dalam DnT,
saya tak pernah dengar murobbiah saya atau syuyukh menggalakkan kita membidas tuduhan, 
yang terkadang dilemparkan ke kita.
mereka malah mampu bersabar.dan sentiasa husnudzon=bersangka baik.
kerana apa?
kerana Rasulullah sendiri pernah dibaling batu, dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan.
pernah kita dengar Rasulullah balas balik baling batu? atau marah2 balik?
Tak..


jadi kenapa bila benda tu terjadi depan kita/ terkena pada kita sendiri,
kita terusan melatah/mengamuk?
atau mengata mereka balik?




Bukankah dakwah ini sunnah Rasulullah...........
dan Rasulullah sebagai ikutan terbaik seorang da'ie.
maka kekalkanlah kesucian dakwah ini,
jika benar kita SERIOUS ingin mendapatkan redha Allah.


jangan persoalkan apa yang mereka buat,
persoalkan apa yang kita dah buat.


[muhasabah diri]

Tuesday, February 21, 2012

make me strong


"give me light, make me strong...."

Sunday, February 19, 2012

dream




walau setinggi atau sejauh mana pun impian tu,
suatu hari pasti akan datang juga,
kalau kita berusaha.
sehabis mungkin.
kan?

mana tahu, Allah nak makbulkan lagi 5 tahun ke. hehe.
hoyeeeahh..


(sila click gambar dibawah untuk impak keriangan maksima).
terima kasih 


Friday, February 10, 2012

medic tv sebentar bersama babah


Alhamdulillahi robbil ‘alamiin.

Hari ini dah masuk:
1.       Hari ke 28 cuti sem..
2.       Hari ke 21 balik jb.
Lama kan? ^^,

Hari ni juga hari ke 18 babah di wad.
Saya minta maaf banyak2 pada akhawat+sahabat2 yang tanya tentang condition babah tapi saya kurang respon atau tak respon.
I will try to explain it in this post.
Perhaps ada yang ayah @ ibu condition dia sama dengan babah, bolehlah take note :D

so episod medic tv (ok bukan tv, tapi post) harini kita bersama babah.
OK jom.. huhu.

Hari isnin, 23hb Jan. Babah spa (dialysis) macam biasa di klinik UTM.
Lepas habis spa selama 4jam, sebelum balik, Blood Pressure (BP) dan berat akan di-check.
Jadi waktu tu, BP babah ok. Cuma pulse rate (degupan jantung) agak tinggi waktu tu. Saya tak ingat berapa. Tapi yang saya ingat, saya panic sikit waktu tu. Huhu.
Tapi nurse kata ‘ok lagi’, so kami pun balik lah.
Malam tu, dalam tengah malam, babah kata tak boleh tidur. So check BP dia guna BP set yang memang ada kat rumah. BP ok Cuma pulse rate waktu tu 120,140 dan menaik. Normal utk babah, pulse rate 70 macam tu. So, nampaklah tinggi kan?

Biasanya lepas picit kepala, dan rehat, pulse rate akan turun.
Dah beberapa kali dah pulse rate naik agak tinggi.
Tapi dah 2pagi, lepas picit2, check lagi, menaik 160.
Mama called no emergency klinik UTM. Nurse kata, straight away pergi hospital.
So, kami pun pergi lah, straight ke bahagian ‘kecemasan dan trauma’.
Bila di sana, nurse check dah 190. (sangat tinggi)
Babah terus dimasukkan ke zon kritikal.
Doctor bagi ubat untuk slowkan pulse tu. Terus babah dimasukkan dalam wad.
Hasil X-ray, doctor Cardiologist kata babah punya lung agak swell. Banyak air.
Dr. Cardio assumed that the cause for the erratic pulse rate, air yang banyak dalam lung lah.
Jadi waktu tarik air keluar time dialysis,tarik lebih sikit dari biasa.
Tapi, lepas dah tarik banyak, babah punya pulse rate masih tinggi.
So, air yang banyak tu bukan puncanya.
26hb, doctor pakar tukar babah ke wad CCU (coronary care unit).
Wad coronary.
Dr. nak diagnose babah lagi. Pantau BP dan pulse rate dia.
Time ni water intake sangat dijaga. 2 cawan of small mug per day.

Dr. kata, nama scientific erratic pulse rate ni, Atrial Fibrillation (A-Fib).
Dia naik turun dengan ganas dan laju. Kejap 140, naik 160, turun 120, naik 150. Lebih kurang mcm tulah.  Ubat yang babah dapat waktu awal2 sampai hosp tu, diteruskan sepanjang kat wad CCU ni.
Alhamdulillah, a few days later, babah punya pulse rate dah stabil.
So babah dipindah ke wad CRW. Masih lagi wad coronary.
Dr. cardio buat echo heart scan and angiogram untuk tengok kalau ada blockage kat heart.
So the diagnose,
Babah ada Borderline Coronary Artery Disease. Kiranya ada cholesterol yang block salur darah tapi Alhamdulillah 35% je. Kiranya tak tinggi lah. So tak perlu surgery untuk masukkan balloon atau apa2 untuk besarkan salur tu. Just makan ubat untuk cairkan cholesterol tu. pill apa ntah. Lupe nama =.=
And again, ni pun bukan punca erratic pulse rate tu.
But since pulse rate dah turun, kami agak lega. Alhamdulillah.
Babah then ditukar ke wad kelas pertama.

So now masalah lain pula.
Babah masih ditahan di wad sebab haemoglobin (Hb) babah rendah. Anaemia.
Doctor kata, normal person, 12 g/L.
Tapi babah waktu tu 6.8 g/L.
So, babah dimasukkan darah. Beberapa pint.
Dan menurun lagi sampai satu tahap tu 5.3..
Sepatutnya bila dah masuk darah, menaik lah kan? Tapi tak.
Babah terus ditukar pula ke wad surgery, untuk hourly monitoring.
Doctor risau if ada internal bleeding etc..
Dah buat colonoscopy. Jumpa beberapa polyp  (mcm ketumbuhan), so ambil sample.
Result, polyp tu bukan punca Hb menurun macam tu.

So babah dimasukkan lagi beberapa pint darah.
Semalam masuk lg 2 pints, total 7 pints.
Dan Alhamdulillah result latest, Hb babah dah menaik ke 8.
Alhamdulillah!

Petang tadi, pergi OGDS, masukkan camera melalui mulut. Nak cari if ada internal bleeding.
Tapi kami dah cukup syukur Alhamdulillah Hb babah menaik.tidak menurun.


So far,
Begitulah keadaan babah.
Hihi.
Kalau ada terms yang tak familiar,
Tanya ustaz google. Semua dia jawab nanti. saya pun bila doctor cakap, salin je dulu. lepastu baru google.
Kalau ada salah cakap, lagi2 kalau akhawat meds baca, layaan jelah :b
Saya budak engineering, haritu confuse kat mana jantung kat mana hati. TERLUPA dah....... 

babah Alhamdulillah happy. tersenyum.
insyaAllah doakan moga babah cepat sembuh,

Sebelum tu,,
Sedikit pesanan penaja (cheyyy..)

Akhawati,
 we have to be aware of our parents health condition.
Ubat apa dia makan. Sakit apa. Berapa lama dah sakit. Makanan apa dia tak boleh makan.
terkadang mereka terlupa, sampai kesihatan tergugat.
So kita kena ambil tahu.
saya dulu macam biasa je. sekarang baru tahu betapa pentingnya kita ambil tahu.
Kalau bukan kita, siapa lagi kan?
All right...

Wassalam.
remember,, positiveeeeeeeeeeeeee ^____________^

babah@haemodialysis centre,HSA.
babah+2pints blood+magic machine.

Friday, January 27, 2012

be positive like me !

bila sesuatu masalah menimpa,
tak kisahlah,,
apa2 sekalipun....

kita kena maintain positive.

benda yang best bila kita dah 'taaruf' dengan Allah,
kita 200% yakin ,
setiap dugaan yang menimpa,
ada hikmah + kesenangan yang menyusul.

         فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
         إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
         [al-insyirah: 5-6]

sweet sangat dalam ayat ni,
sebab,,
Allah nak kata kat hambaNya yang,,
setiap SATU kesusahan, akan datang BANYAK kesenangan!

saya sedang sedaya upaya untuk menelan pill positive banyak2.huhu.
lately keadaan agak kurang tenang bagi keluarga saya,
dengan babah masih lagi di wad.
di monitor 24jam.
dan punca keadaan jantungnya jadi begitu masih lagi 'unknown'.

tapi,
pagi tadi babah kata pada kami,
"ada tanda negative tak kat muka babah? xde kan? 
ade tanda positive! be positive like me :D"



orait!
jom jadi positive!
setiap orang ada battle dia tersendiri,
jadi walau apapun yang sedang menimpa dirimu sekarang,
yakin yang insyaAllah,
disebalik 'tembok tinggi' ni, 
ada 'kebun yang luaaasss sangat, penuh dengan buah mangga!'
 *tertakluk pada buah apa yang anda minatlah*
jadi, jangan menyerah dan terus berusaha panjat tembok tu.


doakan,
babah cepat sembuh. ^_________^  <-- muka positive

Tuesday, January 10, 2012

Joomm!

'taman permainan' saya ada dua.


BAITUL IMAN. di T.D.S.
BUSTAN. di T.P.U.


siapa yang tak pernah pergi? 
email/sms saya, nanti saya bawa pergi sana.hihi.


teman 'sepermainan' ada ramaaaaaaaaaaaaai sangat! 
alhamdulillah :)


siapa nak jumpa mereka?
jom ikut saya balik jb sebulan nanti.hoho.


~dalam hati ada taman, dalam taman ada teman~